Showing posts with label laugh out loud. Show all posts
Showing posts with label laugh out loud. Show all posts

Peristiwa yang tidak dapat dilupakan ..p/s : sebuah karangan sewaktu sekolah rendah


Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas didalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu didalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Aku nak berhenti kerja..!


TUAN,
PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC.. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5?S tidak masuk dalam carta ERA.

4.. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII. .. … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk… ..

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH.. .

12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!

15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! …baru ada keadilan…. ..Aminnnn.

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … …. … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. **Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..

IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … …. … …

SEKIAN, TERIMA KASIH..

AHMAD KAWAZI B. ABAS

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Tips agar tidak bosan semasa dalam lif \(^_^)/



1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Andai dapat diulang mimpi ngeri semalam



"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20 Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Sila Jawab Dengan Spontan


Menguji sejauh mana konsentrasi kita.. :)

- Jawab spontan, jangan banyak fikir,
... - Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- OK KITA MULA! :

Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?

2. Asap warna dia ?

3. Tisu warna dia apa ?

4. Lembu minum apa ?

Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..

1. Rambut anda warna apa ?

2. Tulisan ini warnanya apa ?

3. Jalan raya warnanya apa ?

4. Kelawar tidurnya bila ?

Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.

1. Warna cendol apa ?

2. Daun kelapa warnanya apa ?

3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?

4. Harimau makanannya apa ?

Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.


p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Bibir bukan sekadar ntuk bercium..!

Fakta tentang bibir..
.
.
.
.
.
.
.
FAKTA 1:
kita tidak boleh menyebut huruf M tanpa mnyentuh bibir..
FAKTA 2:
setelah anda membaca fakta 1,anda secara bodohnya akan mempraktikkan nya..

FAKTA 3:
setelah membaca fakta 2,anda akan berasa malu dan berkata"cis!!,hampeeh!!,aku terkena!"

FAKTA 4:
setelah mmbaca semua fakta anda pula berasa seronok & terus nak copy paste untuk kenakn orang laen macam anda terkena...!!!!

kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Jika jawapan anda semua salah..?


 Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).

Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.

Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?

Abu: 9

Pengetua: Apa 6 x 6?

Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata,

“Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6r43;,

Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua,

“Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”.

Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf ‘K’ akhir dengan ‘A’, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri.

Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3 in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.

abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of.. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua
yang mempunyai pemikiran kuning…kihkih…
kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Tips ntuk menjawab panggilan telefon



Sebenarnya cara menjawab telefon yang kita amalkan adeaah salah…dan kebanyakannya sama. sahaja..terfikirkah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kita akan cuba ntuk menukarkan jawapannya (tak der boring sangat lebih² lg kalo yang kerjanya memang menjawab telefon).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mana la saya tau sapa kat sana..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maaf cik,nombor tak boleh disambung,hanya boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannya… terima kasih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maaf

9. Soalan: halloo… …
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maaf. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

27hb Disember


" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hidayat baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hidayat cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hidayat kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.


Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran  dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan. Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.


Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.


Hidayat gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini,keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina, Hidayat terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hidayat makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hidayat tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. "Ina, apa yang terjadi sayang" Hidayat cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." " Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" Hidayat dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hidayat kuat kali ini. Ina berenti menangis,Ina tatap wajah Hidayat, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang, Ina lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi." Nanti cukup 27hb Disember nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar..~fullstop

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Wanita anda istimewa..tetapi kadang-kala tidak...


Alkisah seorang isteri yang bergaduh dengan suaminya. Kerana marah si isteri ini lari ke dalam hutan meninggalkan suaminya. Adapun di dalam hutan tersebut maka terserempaklah dia dengan jin yang terperangkap di dalam botol. Maka berkatalah jin tersebut kepada si isteri tersebut. " Jikalau kau membebaskan aku maka aku akan tunaikan permintaanmu".

Setelah berfikir sejenak maka bertindaklah si isteri tersebut membebaskan jin yang terperangkap di dalam botol. Setelah dibebaskan jin tersebut maka bersuara si isteri kepada jin. "Sekarang kamu makhluk untuk menunaikan permintaan dariku ini". Maka berkata pula jin tersebut. "Adakah kamu sudah berumahtangga?"

"Sudah, tapi mengapa ditanya? " Balas si isteri. "Kalau begitu aku berimu dua pilihan. Pilihan pertama kamu mendapat satu permintaan, dan pilihan kedua kamu akan mendapat 3 permintaan tetapi suamimu akan mendapat sepuluh kali ganda dari apa yang kamu minta".

Setelah memeras otak maka si isteri memilih untuk mendapat tiga permintaan. Sekali lagi jin tersebut memberi amaran bahawa suaminya akan mendapat sepuluh kali ganda permintaannya itu. Setelah bersetuju maka berbunyilah permintaan si isteri.


Permintaan pertama : "Aku hendak menjadi wanita tercantik di dunia."

Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkacak di dunia".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab aku adalah wanita tercantik".

Maka tertunailah permintaan pertamanya itu.


Permintaan kedua: "Aku hendak menjadi wanita terkaya di dunia."

Jin berkata : "Suamimu akan menjadi lelaki yang terkaya di dunia dan hartanya sepuluh kali ganda darimu".
Di dalam hati si isteri : "Tak apa... Sebab hartanya, harta aku juga".

Maka tertunailah permintaan keduanya itu.


Setelah dua permintaannya ditunaikan maka timbullah rasa dendam di dalam jiwa si isteri tersebut. Maka permintaan si isteri yang terakhir adalah "Wahai jin, permintaan ketigaku adalah aku mendapat serangan jantung yang ringan".


Tanpa persoalan maka jin tersebut menunaikan permintaan tersebut.


Moral: Kaum Adam beringatlah bahawa wanita itu bijak, maka janganlah mencari pasal dengan mereka.


Perhatian kepada pembaca wanita : Ini adalah pengakhiran cerita untuk kamu. Teruslah berasa bahagia dengan cerita ini.


Kepada kaum lelaki teruskan membaca. Cerita lelaki masih belum tamat.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Suami si isteri tadi mendapat serangan jantung sepuluh kali lebih ringan dari si isteri.

Moral: Wanita taklah bijak sangat. biarkan mereka bergembira dengan cerita mereka.


P/s : Sekiranya anda wanita dan masih lagi membaca artikel ini maka terbuktilah wanita itu tidak suka mendengar cakap. Sebab itulah anda masih membaca artikel ini walaupun sudah diberitahu cerita kamu sudah berakhir.

kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Secretary ini dipecat oleh majikan..Mengapa..?



Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahun kelahiran Mr.Ng yang ke-35 dan mood Mr.Ng tidak terlalu baik pada pagi itu. Mr.Ng turun untuk sarapan dengan harapan isterinya akan mengucapkan dengan penuh sukacita 'Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang'. Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi.

Mr.Ng berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anaknya akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya Mr.Ng berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih. Di pejabat, Ketika Mr.Ng masuk ke pejabat, sekertarinya, Janet, menyapa, 'Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun'. Dan akhirnya Mr.Ng merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahun kelahirannya. Mr.Ng bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu biliknya dan berkata, 'Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua'.

Mr.Ng berkata 'Wow!, itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi'. Mereka berdua pergi lunch. Mereka tidak pergi ke tempat di mana kebiasanya lunch, tetapi pergi ke tempat yang sepi. Mereka memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari. Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, 'Tuan tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan?' Tidak perlu, saya pikir tidak perlu jawab Mr.Ng. Lalu dia mengajak Mr.Ng untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.

'Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan berpakaian seksi sedikit.' Tentu saja boleh, sahut Mr.Ng dengan gembira. Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anak Mr.Ng dan sejumlah rakan kerja mereka sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun. Mr.Ng hanya duduk terpaku di sana, Di sebuah sofa panjang, telanjang tanpa sehelai benang.

haha....Secretary yang baik....hahaha

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

“oh ya.. saya memang menunggu awak..””

Sepasang suami isteri sudah lama mencuba utk mendapatkan anak. Setelah mendapatkan nasihat dari doktor, akhirnya mereka bersetuju utk menggunakan kaedah “anak tumpang” atau kata lain, isterinya itu akan menggunakan benih lelaki lain utk mengandung.

Setelah bersetuju dan memilih bakal lelaki yang akan “menyedekahkan” spermanya, maka satu hari.. berkatalah si suami “Ok sayang.. abang pergi dulu… sebentar lagi lelaki tu akan datang…” (lelaki yang nak dermakan sperma dia).


Sambil menunggu kedatangan penderma tersebut, tibaƂ² muncul seorang jurugambar yang kerjanya ambik gambar-gambar bayi. “Selamat pagi puan.. saya datang utk….” belum sempat habis bercakap, si isteri tadi memotong kata-katanya dan berkata “oh ya.. saya memang menunggu awak..””errr ye ke?” kehairanan photographer tu..”kalau macam tu..bagus la.. saya dah buat banyak bayi yang istimewa..(maksudnya gambar bayi yang baik la.. ) “Itu la yang suami dan saya harapkan..”kata si isteri..” silakan masuk..dan duduk la..

“”Hmmm macamana kita nak start? ” tanya si isteri setelah beberapa ketika. ..”Serahkan pada saya puan… saya selalunya buat di bathtub… sekali kat atas sofa.. dan beberapa kali di katil.. kekadang kat atas lantai diruang tamu saja. itu pun seronok juga..anda mesti suka…” kata lelaki tadi menerangkan tempat2 yang sesuai utk diambil gambar.. “Bathtub??? atas lantai…???
Patutlah ianya tak pernah berkesan pada saya dan suami..kami selalu lakukan di bilik tidur saja.. “jelas isteri….”Puan, tak da orang yang boleh gerenti ianya baik setiap kali.. tapi kalau kita pelbagaikan posisi dan saya shoot dari beberapa angle.. saya jamin…anda akan suka dengan resultnya… Si isteri tercengang.. .

“Puan..dlm keja saya nie..seseorang mesti mengambil masa sikit..saya suka berada di luar dan di dalam buat beberapa ketika.. tapi tentu puan tak suka..”Macam saya tak tau???” kata si isteri..Photographe r tadi mengeluarkan gambar2 bayi yang sungguh comel dari briefcasenya. . “yang ini saya buat masa di atas bus kat London ..”Hah!…atas bas????” terkejut si isteri…”Yang kembar ini plak memang tak disangka2.. bila anda tau bahawa memang susah nak bekerjasama ngan emaknya.. ” kata photograper tadi..

“Emaknyer susah nak bekerjasama? ???” tanya si isteri.. “Ya… memang susah.. sehingga saya terpaksa bawa dia ke Hyde Park utk buat keja dengan baik.. orang ramai mengerumuni kami ketika itu..utk melihat dengan jelas apa yang kami lakukan…”

“Di depan public???”terkejut si isteri. “Ya..dah tu..lebih kurang 3 jam baru selesai.. emaknya.. menjerit,terpekik. . sehingga saya tak boleh nak concentrate. .bila tupai2 dah datang menghampiri alat saya.. saya terpaksa berhenti melakukannya. . ” cerita si Photograper. . “awak maksudkan tupai-tupai tu really usik awak punya….alat? ??” tanya si isteri..

“Ya puan… tak per la.. Puan dah bersedia ker.. Saya akan siapkan tripod…. lepas tu kita akan mulakan..”Tripod????”nak buat aper..??? “tanya si isteri..”OH..itu utk laraskan alat saya nanti… ianya terlalu besar utk saya pegang lama-lama.. “”er puan.???Puan? ?? la..dier pengsan!!

P/s : Jangan kuningkan pemikiran anda ketika membaca entry ini..sekian (kelas moral dari Mr.Stef)

kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...