Showing posts with label Life Stories. Show all posts
Showing posts with label Life Stories. Show all posts

Bila cinta, seribu tahun akan aku tunggu..



Dulu aku pernah bercuti disebuah pulau peranginan. Bagi aku tiada apa yang istimewa di sana kecuali menikmati tiupan angin dari bayu laut. Ketika malam semakin gelap aku merebahkan diri di atas pasir pantai untuk melihat bintang. Memang tidak ada sesiapa di situ selain dari aku. Tiba-tiba terdengar suara pertuturan dari seorang perempuan. Suara itu memang menarik perhatian, dan kelihatan seorang perempuan sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Perlahan-lahan aku mengamati wajahnya, memang mirip dengan seseorang yang aku pernah kenal dulu. Dia masing belum menyedari kehadiran aku di situ, lalu aku cuba menegurnya..

Aku : Hye..

Dia : Uhhh..hai (begitu tterkejut dengan kehadiran aku)

Aku : Maaf..tadi saya ternampak awak dan saya ingatkan yang awak adalah seseorang yang saya kenal.

Dia : Saya bukan hendak tidak sopan dengan awak tapi bukankah pelik yang awak tiba-tiba datang entah dari mana pada malam ini di pantai seorang diri. Awak menakutkan saya..(agak tegas sedikit nada suaranya)

Aku : Awak sendiri yang berkata, tapi apa yang awak buat seorang diri di sini..? (aku cuba berkata dalam nada yang dapat menenangkan suasana)

Dia : Di kawasan pantai ni tak pernah ada perkara buruk yang terjadi walaupun di malam hari. Saya memang selalu datang ke sini. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Aku : Jawapan itu tidak begitu menyakinkan bagi seorang gadis seperti awak datang ke sini pada waktu ini.

Dia : Ermm ok..saya baru bergaduh dengan teman lelaki saya dalam telefon tadi.

Aku : Sebab apa..? Boleh saya bertanya..? Kalau awak tak kisah..

Dia : Tentang masa depan..semuanya dia telah tentukan sendiri.

Aku : Dan awak tak mahukannya.

Dia : Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan.

Aku : Itu sama sekali tidak benar..awak mahukan sesuatu yang setiap perempuan mahukan dalam hidup mereka..

Dia : Apa dia..? Seorang lelaki asing yang tiba-tiba muncul dan mempunyai segala jawapan yang saya mahukan (dengan nada memperli aku)

Aku : Mungkin lebih mudah kalau saya berkata yang saya ada melalui sedikit pengalaman dan saya ada belajar sedikit tentangnya.

Dia : Jadi awak beritahu saya..apa yang saya inginkan dalam hidup saya..

Aku : Apa yang awak perlukan adalah cinta, keghairahan, cabaran dan mungkin sedikit risiko. Dan dengan itu barulah awak boleh melihat dunia seperti yang awak mahukan..

Perbualan itu berlarutan sehingga aku mendapat panggilan telefon dari rakan aku pada malam tersebut yang memerlukan aku untuk membantu mereka dalam merancang aktiviti seterusnya dalam percutian kami. Hampir 3 tahun berlalu dan itulah kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan gadis tersebut. Teringin untuk berjumpa lagi, tapi aku sendiri tidak tahu di mana dia berada kini dan bagaimana dia memilih jalan hidup yang dia mahukan..
p/s : Dulu aku sering memancing di jeti sambil melihat kanak-kanak yang bermain disitu..

aku tidak suka menjadi watak utama

Memang aku sering kali muncul dalam muka surat pertama..tapi itu adalah kisah lampau yang sudah menjadi sejarah..dan ianya sejarah yang tidak begitu penting ntuk dimasukkan dalam silibus buku teks sejarah. Kini menjadi watak utama tidak begitu membanggakan lagi. Cukup aku berkata yang aku tidak suka dilihat sebagai suatu formula matematik yang dapat menjadi penyelesaian sesuatu masalah. Mungkin dulu dan kini realitinya berbeza. Mungkin aku sedar dan tahu..tapi buat-buat tidak tahu.


Minggu lepas berpeluang menonton The Avengers..sudah beberapa ketika tidak menonton filem aksi sebegini. Begitu hebat hero-hero bumi ini bergandingan ntuk menyelamatkan bumi. Sepertimana yang pernah dikatakan oleh Sam Raimi, 'with great power comes great responsibility'. Sememangnya apa yang hebat bukanlah kuasa yang dimiliki tetapi keberanian ntuk memikul tanggungjawab yang telah ditakdirkan.
p/s : Andai hari esok dunia gelora, takkan aku gemuruh selagi aku ada kamu..

Perkara yang semua orang lalui masa zaman kanak-kanak..\(^_^)/


Jangan tipulah..kata korang tak pernah buat...

1) Buka kipas..bercakap depan kipas..suara bertukar...bangga siut..siap nyanyi lagi..

2) Buka peti ais..pastu buat eksperimen..tutup pelan pelan..nak tengok lampu dalam tu terpadam

3) Naik kereta waktu malam..tengok bulan..pastu ingat bulan ikut korang.

4) Nampak helikopter @ kapal terbang..siap lambai..beranggapan orang tu nampak korang.


5)  Naik basikal..dapat lepas dua tangan..rasa macam dah pro.

6) Bila melukis permandangan, mesti ada bukit dengan matahari tersepit dicelah-celah, sawah padi dah comfirm,burung bentuk M...memang dah wajib.


7) Kalau lori@van milo datang kat sekolah..happy sangat..dapat minum free.


8) Waktu rehat, suka lepak kat longkang.

Bende-bende kat atas ni same macam yang berlaku dekat Mr.Stef N rakan-rakan yang sama batch dulu..

p/s : kalau tidak kerana matahari..pagi pasti tidak berseri..kalau tidak kerana budi..hidup pasti tidak bererti..budi yang baik di bawa mati !
kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Tentang Mr.Stef...Part 1

well..entry ni dibuat  disebabkan ader pembaca post ermm.. dari kalangan blogger gak  yang nak tau sket pasal Mr.Stef 'cuz diorang tell me yang kebanyakkan entry yang dibuat tidak berkaitan langsung ngan Mr.Stef..ermm..perlu ker..? But anyway Mr.Stef sendri pun dah lame nak buat entry genre tag nih..well then..

Panggilan manja?
stef,daus..erm N yang paling feymes Mr.Stef laa..heks

Latest movie? 
Final Destination 5.( p/s: baru jer tengok dalam lappy nieh..)

Satu perkataan tentang Mr.Stef? 
Mane cukup 1 perkataan..Grrrr...!

Pandangan kawan makan kawan?
Kenyang sementara merana selamanya.

Habit sebelum tidur?
Buat style rambut pelik-pelik.

Barang wajib bawak bila keluar selain wallet dan handphone? 
Cermin mata xpun lens..

Maxis? Digi? Celcom?
Semua kot. Maxis untuk BBM, Digi call murah, Celcom murah SMS.

Percaya pada BFF?
Best Friend Forever? Best Fake Friend?

Impian?
Nak semua impian jadi kenyataan.

Mr.Stef gedik tak?
Tak kot.. Kalau Mr. Gedik baru la gedik.

Perkara yang tak disukai tentang diri sendri?
Ego N perasan handsome...(p/s:banyak lagi rase nyer nie..heh)

Perkara yang disukai tentang diri sendri?
Ada orang cakap Mr.Stef handsome..hahahak

Pandangan tentang cinta? 
Aisehh..ermm..well ~kadang-kadang kita tak tahu bila kita mencintai seseorang sehinggalah kita tahu dia cintakan orang lain ~( p/s:macam nieh pun boleh kan..?)


Tag ini diwasiatkan kepada rakan-rakan blogger e.g Ms.wendy, Ms.qilah N rakan-rakan blogger yang berminat..


p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

Mr.Dayat a.ka officemate Mr.Stef Dalam Kenangan

Heheheh...entry kali ni khas ntuk coffeemate err..officemate Mr.Stef iaitu Mr.Dayat yang akan meninggalkan dunia office..Pemergian beliau amatlah disukacitakan oleh puak2 disini yang pastinya tak akan merindui beliau hingga hujung dunia antartika skalipun...hahaha..rilekss2..

Nih laa office-mate Mr.Stef yang masyhur tuhh..a.k.a Mr.Dayat

So..aku nak citer sket sal mate aku kat Por Ooi nih..mate aku time lepak2 before time O.T start..Biasak nyer mate Mr.Stef ni slalu nyer akan akan membuang masa beliau ngan menhisap rokok (p/s: katakan tak nak) N Mr.Stef lak akan membuang masa ngan menjilat ice-cream hingga ke...(p/s: yang dibeli dekat Big Seed seberang jalan depan office kitorang). Mase time lepak2 nih beliau slalu menceritakan kisah silam rumah tangga beliau yang sering dirundung awan hitam..(p/s: aku tipu jer nihh..korang anggap cam metafora jer la yek..)

At least after a year..resign gak..(p/s: Mr.Stef bile lagi agaknyer..?) Beliau akhirnyer telah ditawarkan position terbaik dalam industri kewangan dalam negara..(p/s: cleaner dekat bank kut aku rase..haha) Huhu..so kepada Ms.Saki jangan terus bersedih hati..maybe pas nih Mr.Poon boleh merawat luka dihati..(p/s: Bukan Mr.Stef yang cakap yer..Mr.Poon yang confess sendri..heheh)

Anyway..all de best for Mr.Dayat..don't 4get wat makan besar 3 kali sehari..(p/s: Mr.Stef rase cam nak makan sushi lak nihh...) mmmm.....

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..!

Pejam celik pejam celik, akhirnya tiba juga bulan syawal yang dinantikan oleh sume umat islam seantero dunia ini heh..Mungkin ader jugak yang agak sedih kerana terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..Adakah mereka dan diri Mr.Stef  sendri masih lagi berpeluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya?.Hanya Tuhan yang tahu..
Semestinya setiap kali syawal menjelma akan mengimbau kembali nostalgia ketika menyambut syawal pada suatu ketika dahulu..Antara kenangan paling bermakna ketika menyambut hari raya aidilfitri ialah ketika zaman kanak-kanak cuz yang paling menyeronokkan.adalah ketika zaman kanak-kanak..Mr.Stef dan adik beradik yang lain akan bersalaman dengan kedua ibu bapa kami di pagi raya tersebut..ketika bersalaman..sambil salam..sambil dapat duit raya..then kami sume akan beraya dengan keluarga di rumah sedara mara terdekat..dan ketika itu kami adik beradik masing2 akan berlumba mengutip duit raya…siapa yang paling banyak….????Hahaha

Next stage..ketika zaman awal muda remaja..dah tentulah kad raye memainkan peranan utama..Peranan..?Hah..disinilah tahap kepopularitian seseorang diukur berdasarkan kuantiti kad raye yang diterima..bunyinye cam gegurl je tp dah memang realiti kan2..tp Mr.Stef ni jenis yang simple je..orang send Mr.Stef reply je..macam pepatah orang tua2 dahulu kala..pecah kaca pecah gelas,lepas baca xkan xbalas...haha..

Mr.Stef  jugak nak ambil kesempatan dekat sini dimana jika sepanjang setahun yang lalu, sama ada tanpa disengajakan, mahupon disengajakan, sedikit sebanyak mesti Mr.Stef ada buat korang semua terasa hati, kechik hati, marah, kuchiwa, bengang N seandainya ada tutur kata yang silap, penggunaan bahasa yang agak kurang wajar dilafazkan oleh Mr.Stef  terhadap korang semua, gurauan yang agak berlebihan, dan kalau Mr.Stef ada memalukan korang semua di khalayak ramai,Mr.Stef  dengan merendah diri menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas semua tingkah laku Mr.Stef yang tidak mencerminkan kematangan fikiran Mr.Stef ..

Then..
SElAmAt HArI RaYa.. MaAf ZaHiR n bAtIN..mInaL AiDiL wAl fAiZiN

p/s: kalo suke post ni sila 'like' N follow skali blog ni..tq..\(^_^)/

Hello world..! entry pertama aku ni wehhhh..! \(^_^)/


Huhu..xsangka Mr.Stef buleh bukak blog ni..dah nak tulis 1st entry lak tu..anyway Mr.Stef pun xtau nak cakap pe ntuk 1st entry ni..actually Mr.Stef mule expose ngan dunia blog ni sejak Mr.Stef mule2 masuk campus lagi..tapi mase tu xberape minat sangat lagi bende2 camni..turns out I'm still not great at blogging at all..I could be..but so far I've chosen to not be..Meh, I still going to plan on doing it everyday, and working towards that end, but it's not nearly as important to me as eaten every day....Hahaha\(^_^)/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...