Bila cinta, seribu tahun akan aku tunggu..



Dulu aku pernah bercuti disebuah pulau peranginan. Bagi aku tiada apa yang istimewa di sana kecuali menikmati tiupan angin dari bayu laut. Ketika malam semakin gelap aku merebahkan diri di atas pasir pantai untuk melihat bintang. Memang tidak ada sesiapa di situ selain dari aku. Tiba-tiba terdengar suara pertuturan dari seorang perempuan. Suara itu memang menarik perhatian, dan kelihatan seorang perempuan sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Perlahan-lahan aku mengamati wajahnya, memang mirip dengan seseorang yang aku pernah kenal dulu. Dia masing belum menyedari kehadiran aku di situ, lalu aku cuba menegurnya..

Aku : Hye..

Dia : Uhhh..hai (begitu tterkejut dengan kehadiran aku)

Aku : Maaf..tadi saya ternampak awak dan saya ingatkan yang awak adalah seseorang yang saya kenal.

Dia : Saya bukan hendak tidak sopan dengan awak tapi bukankah pelik yang awak tiba-tiba datang entah dari mana pada malam ini di pantai seorang diri. Awak menakutkan saya..(agak tegas sedikit nada suaranya)

Aku : Awak sendiri yang berkata, tapi apa yang awak buat seorang diri di sini..? (aku cuba berkata dalam nada yang dapat menenangkan suasana)

Dia : Di kawasan pantai ni tak pernah ada perkara buruk yang terjadi walaupun di malam hari. Saya memang selalu datang ke sini. Tiada apa yang perlu dirisaukan.

Aku : Jawapan itu tidak begitu menyakinkan bagi seorang gadis seperti awak datang ke sini pada waktu ini.

Dia : Ermm ok..saya baru bergaduh dengan teman lelaki saya dalam telefon tadi.

Aku : Sebab apa..? Boleh saya bertanya..? Kalau awak tak kisah..

Dia : Tentang masa depan..semuanya dia telah tentukan sendiri.

Aku : Dan awak tak mahukannya.

Dia : Saya sendiri tak tahu apa sebenarnya yang saya mahukan.

Aku : Itu sama sekali tidak benar..awak mahukan sesuatu yang setiap perempuan mahukan dalam hidup mereka..

Dia : Apa dia..? Seorang lelaki asing yang tiba-tiba muncul dan mempunyai segala jawapan yang saya mahukan (dengan nada memperli aku)

Aku : Mungkin lebih mudah kalau saya berkata yang saya ada melalui sedikit pengalaman dan saya ada belajar sedikit tentangnya.

Dia : Jadi awak beritahu saya..apa yang saya inginkan dalam hidup saya..

Aku : Apa yang awak perlukan adalah cinta, keghairahan, cabaran dan mungkin sedikit risiko. Dan dengan itu barulah awak boleh melihat dunia seperti yang awak mahukan..

Perbualan itu berlarutan sehingga aku mendapat panggilan telefon dari rakan aku pada malam tersebut yang memerlukan aku untuk membantu mereka dalam merancang aktiviti seterusnya dalam percutian kami. Hampir 3 tahun berlalu dan itulah kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengan gadis tersebut. Teringin untuk berjumpa lagi, tapi aku sendiri tidak tahu di mana dia berada kini dan bagaimana dia memilih jalan hidup yang dia mahukan..
p/s : Dulu aku sering memancing di jeti sambil melihat kanak-kanak yang bermain disitu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...