Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin..!

Pejam celik pejam celik, akhirnya tiba juga bulan syawal yang dinantikan oleh sume umat islam seantero dunia ini heh..Mungkin ader jugak yang agak sedih kerana terpaksa meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..Adakah mereka dan diri Mr.Stef  sendri masih lagi berpeluang untuk bertemu Ramadhan yang seterusnya?.Hanya Tuhan yang tahu..
Semestinya setiap kali syawal menjelma akan mengimbau kembali nostalgia ketika menyambut syawal pada suatu ketika dahulu..Antara kenangan paling bermakna ketika menyambut hari raya aidilfitri ialah ketika zaman kanak-kanak cuz yang paling menyeronokkan.adalah ketika zaman kanak-kanak..Mr.Stef dan adik beradik yang lain akan bersalaman dengan kedua ibu bapa kami di pagi raya tersebut..ketika bersalaman..sambil salam..sambil dapat duit raya..then kami sume akan beraya dengan keluarga di rumah sedara mara terdekat..dan ketika itu kami adik beradik masing2 akan berlumba mengutip duit raya…siapa yang paling banyak….????Hahaha

Next stage..ketika zaman awal muda remaja..dah tentulah kad raye memainkan peranan utama..Peranan..?Hah..disinilah tahap kepopularitian seseorang diukur berdasarkan kuantiti kad raye yang diterima..bunyinye cam gegurl je tp dah memang realiti kan2..tp Mr.Stef ni jenis yang simple je..orang send Mr.Stef reply je..macam pepatah orang tua2 dahulu kala..pecah kaca pecah gelas,lepas baca xkan xbalas...haha..

Mr.Stef  jugak nak ambil kesempatan dekat sini dimana jika sepanjang setahun yang lalu, sama ada tanpa disengajakan, mahupon disengajakan, sedikit sebanyak mesti Mr.Stef ada buat korang semua terasa hati, kechik hati, marah, kuchiwa, bengang N seandainya ada tutur kata yang silap, penggunaan bahasa yang agak kurang wajar dilafazkan oleh Mr.Stef  terhadap korang semua, gurauan yang agak berlebihan, dan kalau Mr.Stef ada memalukan korang semua di khalayak ramai,Mr.Stef  dengan merendah diri menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas semua tingkah laku Mr.Stef yang tidak mencerminkan kematangan fikiran Mr.Stef ..

Then..
SElAmAt HArI RaYa.. MaAf ZaHiR n bAtIN..mInaL AiDiL wAl fAiZiN

p/s: kalo suke post ni sila 'like' N follow skali blog ni..tq..\(^_^)/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...