Di suatu petang..ketika Mr.Stef menggunakan tandas..!

 p/s: gambar hiasan semata-mata..tidak mengambarkan perilaku Mr.Stef..heh

Satu hari ketika dalam perjalanan balik dari Ipoh, Mr.Stef singgah sekejap di London. Ada sesuatu untuk Mr.Stef beli. Mesti korang dah tau pe yang Mr.Stef nak beli kan2..Heh..dah ten2 lah chocholate almond london yang konon2 nyer berasal dari kg. london tuh..Ketika Mr.Stef sedang mencari barang tersebut, tiba-tiba perut Mr.Stef terasa memulas. Apalagi Mr.Stef pun terus bergegas ke tandas yang terdekat. Masuk saja ketandas, Mr.Stef tengok ada 3 bilik air. Bilik air yang di tengah bertutup, jadi Mr.Stef pun pegi yang disebelahnya. Baru saja aku duduk, Mr.Stef terdengar orang dari sebelah bersuara,
“Haa, camna sekarang ?”
Mr.Stef pun bukan suka nak berbual dengan orang yang Mr.Stef tak kenal. Entah macamana untuk tidak menghampakan orang, akhirnya Mr.Stef balas juga, “Ok gak ler”. Kemudian suara tu bertanya lagi,
“Kau nak gi mana ni??”
Iskk… Mr.Stef mula rasa musykil… tapi Mr.Stef balas gak, “Aku nak balik, singgah sini nak beli barang sikit”
Lepas itu suara tadi bertanya lagi, “Bila kau nak gerak??”. Mr.Stef selamba jer kata, “Lepas aku sudah ni, habis beli aku chow la”.

Dalam ati Mr.Stef berkata2.. mcm mana orang sebelah ni boleh kenal aku.. siapa dia ni sebenarnya.. baru jer Mr.Stef nak bertanya... Kemudian Mr.Stef terdengar lagi suara orang sebelah tu berkata

“Hei, aku call kau balik lepas ni, tiap kali aku tanya soalan kat kau, mamat bodo sebelah aku ni asyik jawap jer!!!

Pengajaran moral dari Mr.Stef : jangan menyampuk time orang bercakap dan jangan bercakap masa berak... hehehe

p/s : kalo suke post ni sila 'like' , komen N follow skali blog ni..tq.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...